Khamis, 28 April 2016

Isnin, 25 April 2016

Ciri-ciri Wacana

Ciri 1 
-Tidak boleh mengandungi maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Ciri 2
           -Perlu mempunyai susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu keutamaan dan sebagainya. Ayat-ayat itu perlulah mempunyai urutan yang berkait rapat.

Ciri 3
-Setiap ayat perlu mempunyai maklumat baru yang ada dalam ayat sebelumnya. Ayat-ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.

Ciri 4
-Perlu mempunyai andaian dan inferens. Maklumat pertama merupakan andaian (judul) manakala maklumat berikutnya merupakan inferens (ulasan).

Ciri 5
-Perlu mempunyai tujuan bagi menentukan jenis ayat dan perbuatan.

Ciri 6
-Mempunyai kaitan antara orang yang berkomunikasi (penutur dengan pendengar / penulis dengan pembaca)

Ciri 7
-Mempunyai gaya wacana sama ada formal atau tidak formal.

Jenis-jenis Wacana

Wacana boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

i)                    Wacana Lisan- wacana ini disampaikan secara lisan melalui media lisan. Si penerima wacana perlu menyemak atau mendengar dan ianya boleh diulang dengar atau ditonton. Contoh bagi wacana ini ialah wacana yang disiarkan di radio dan ceramah.

ii)                  Wacana tulisan- wacana ini disampaikan dalam bentuk bertulis melalui media tulisan. Wacana ini perlu dibaca bagi mendapatkan maklumat dan memahami wacana tersebut.

iii)                Wacana langsung- wacana ini mempunyai tanda baca dan juga intonasi.

iv)                Wacana prosa- wacana prosa wujud dalam bentuk prosa. Wacana ini boleh berbentuk lisan atau tulisan. Selain itu, wacana prosa boleh juga berbentuk wacana langsung atau tak langsung.

v)                  Wacana puisi- wacana puisi boleh berbentuk lisan atau tulisan. Wacana ini selalunya wujud dalam bentuk puisi.

vi)                Wacana drama- wacana ini berbentuk drama atau dialog dan sama seperti wacana puisi dan prosa, wacana drama juga boleh wujud dalam bentuk lisan atau tulisan.

vii)              Wacana pembentangan- wacana ini tidak mementingkan waktu dan penuturnya.Wacana ini berorentasikan kepada pokok pembicaraan.

viii)            Wacana tak langsung- wacana tak langsung merupakan pengungkapan kembali sesuatu wacana. Wacana jenis ini menggunakan klausa, perkataan “bahawa” dan sebagainya.

Ahad, 24 April 2016

Konsep Wacana

          Menurut Asmah Hj Omar (1986), wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu pelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripadasistem bahasa yang menyumbang kea rah menjadikan sesuatu pertuturan atau tulisanberkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi.

                   Harimurti Kridalaksana (1992) pula mentakrifkan wacana sebagai kesatuanbahasa yang lengkap dan dalam hierarki tatabahasa, wacana merupakan kesatuantatabahasa tertinggi atau terbesar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), wacana merupakan keseluruhan tutur yangmerupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan dan juga percakapan. Definisi lain bagi wacana yang dikemukakan dalam Kamus Dewan ialah kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan seperti pidato, khutbah atau tulisan seperti artikel, rencana,surat, novel dan cerpen.

        Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yangberurutan. Secara ringkasnya, wacana ialah satu unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.